RM200,000 dalam peti besi rumah bekas menteri lesap

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. -Foto Sumber Internet
Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. -Foto Sumber Internet
A
A
A

PETALING JAYA - Wang tunai lebih RM200,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman seorang bekas menteri, di sini dilaporkan hilang.

Difahamkan, kehilangan wang itu disedari oleh mangsa kira-kira jam 7 malam kelmarin ketika memeriksa peti besi simpanan berkenaan.

Mangsa dikatakan kali terakhir memeriksa wang dalam peti besi simpanan berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan mangsa juga kerap meninggalkan kediamannya atas urusan kerja.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

"Seorang wanita warga Indonesia telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan sedang dijalankan dan buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana tidak mahu mengganggu siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!