PKP: 14 kes reman, tiga pertuduhan dicatatkan

Sebanyak 14 kes reman dan tiga pertuduhan dicatatkan dari tempoh 19 hingga 23 Mac lalu melibatkan pelbagai kes ketidakpatuhan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Sebanyak 14 kes reman dan tiga pertuduhan dicatatkan dari tempoh 19 hingga 23 Mac lalu melibatkan pelbagai kes ketidakpatuhan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 kes reman dan tiga pertuduhan dicatatkan dari tempoh 19 hingga 23 Mac lalu melibatkan pelbagai kes ketidakpatuhan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Ia melibatkan satu kes di Negeri Sembilan, Johor (satu); Selangor (satu); Wilayah Persekutuan (dua); Pulau Pinang (tiga) dan masing-masing tiga kes di Perak dan Kedah.

Daripada 10 kes reman berkenaan, ia dicatatkan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia hari ini juga, tiga kes telah dituduh di mahkamah iaitu masing-masing satu kes di Johor, satu kes di Perak dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan pula, dua kes yang dituduh telah mengaku bersalah, masing-masing di Mahkamah

Majistret Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Sungai Siput di Perak.

Kedua-duanya dikenakan denda RM5,000 dan masing-masing 12 serta 10 bulan penjara.

Bagi kes yang dituduh di Kuala Lumpur, mahkamah telah menjatuhkan hukuman dua bulan penjara bermula dari tarikh sabitan terhadap tertuduh-tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu bagi pecahan kes reman pula, satu kes reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dua kes reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Satu lagi kes reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi kesalahan di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!