Penambahan inisiatif baharu buat warga Labuan

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan menawarkan penambahan beberapa inisiatif baharu di bawah Inisiatif Wilayah Cakna khusus untuk warga Labuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia selaras dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020 diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, antara inisiatif baharu itu termasuk pengecualian sewa selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos kepada penduduk Labuan yang menetap di perumahan awam.

“Bagi pengecualian sewa, ia melibatkan 546 keluarga dengan kos keseluruhan berjumlah RM933,210. Kadar bayaran sewa rumah yang diberi pengecualian ini bermula daripada RM150 hingga RM650 sebulan mengikut kategori,” katanya.

Annuar berkata, menerusi inisiatif tersebut, seramai 774 penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dikecualikan bayaran sewa premis selama enam bulan bermula Mac.

Ia meliputi peniaga di premis Pasar Sentral Labuan (UTC), pasar malam, pasar tani, medan selera dan lot kedai milik PL, kos keseluruhan bayaran sewa premis niaga tersebut berjumlah RM1.036 juta.

“Seramai 1,300 penjaja serta peniaga kecil turut diberi bantuan sara hidup sebanyak RM500 secara ‘one-off yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM650,000.

“Menerusi inisiatif ini juga, 600 kit bantuan makanan, kebajikan dan kesihatan berjumlah RM50,000 akan diagihkan kepada nelayan, petani, pengusaha bagang, pengusaha bubu, dan penternak di Labuan yang terjejas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!