Padah ingkar PKP, lapan lelaki ke penjara

Kesemua individu yang mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Peraturan 3 (1) dan Peraturan 3 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kesemua individu yang mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Peraturan 3 (1) dan Peraturan 3 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang dibacakan secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kedegilan lapan lelaki yang tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun sudah diberi amaran akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 14 hari dan tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh berusia antara 21 hingga 26 tahun mengaku salah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara berasingan.

Dalam penghakiman itu, enam tertuduh dipenjara 14 hari manakala dua lagi, tujuh hari.

Mengikut pertuduhan, lapan tertuduh itu didakwa bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan tanpa kebenaran pegawai polis dan berkumpul di sekitar Manir, di sini dan Kuala Nerus antara jam 4.30 petang hingga 6.30 petang semalam.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 3 (1) dan Peraturan 3 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Bagi kesalahan itu, semua tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, seorang lagi tertuduh, Muhammad Arif Izzat Mohamad Rashid, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kesalahan sama di Manir, di sini, jam 6.30 petang semalam.

Sejurus pengakuan direkodkan, mahkamah menetapkan 19 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala semua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!