23 Julai-8 Ogos 2021 tarikh baharu Sukan Olimpik
JEPUN dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini membuat keputusan temasya Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Minggu lalu, IOC mengumumkan penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sehingga tahun depan ekoran wabak pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.
Keputusan penangguhan temasya sukan paling berprestij di dunia itu dibuat susulan cadangan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Turut ditangguhkan Sukan Paralimpik 2020.
Ia penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjuranny, namun Sukan Olimpik pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada tahun 1916, 1940 dan 1944.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 sepatunya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos ini manakala Sukan Paralimpik 2020 bakal bermula 25 Ogos hingga 6 September.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!