Para Sukma Johor 2020 ditangguhkan

Megat D Shahriman
Megat D Shahriman
A
A
A

PENGANJURAN Para Sukma Johor 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebaik tarikh baharu Sukma Johor 2020 ditetapkan penganjur.

Menurut Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi Sukma Para secara dalam talian dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr Waitchalla R.R.V Suppiah.

"Sama seperti Sukma Johor 2020, kami sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Para Sukma Johor 2020 ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan sebaik tarikh Sukma Johor 2020 ditetapkan.

"Keputusan ini diambil memandangkan penularan Covid-19 adalah isu sejagat. Ia mampu mengancam keselamatan dan kesejahteraan atlet Para yang memerlukan lebih perhatian terutama membabitkan isu kesihatan, maka adalah lebih baik untuk Para Sukma Johor 2020 ditangguhkan," katanya semalam.

Pada masa sama Megat D Shahriman berkata, menerusi mesyuarat itu juga memutuskan mengekalkan Peraturan Tetap Para Sukma dan Peraturan Am Acara Para Sukma.

"Insya-ALLAH segala perkembangan terbaru akan dibincangkan sekali lagi bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) kelak.

"Apapun, saya bersyukur kerana Kementerian Belia dan Sukan, MSN, MPM dan JBSN tidak pernah jemu bekerjasama di saat virus Covid-19 ini terus menular dan mengehadkan pergerakan semua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!