'Solat berjemaah walau jarak kena 1meter'

Para tahfiz menunaikan solat berjemaah dengan jarak 1meter. - Foto Rabiatul Adawiyah
Para tahfiz menunaikan solat berjemaah dengan jarak 1meter. - Foto Rabiatul Adawiyah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Amalan membaca al-Quran dan berzikir tetap menjadi rutin sekumpulan pelajar tahfiz walaupun berada di wad isolasi (Covid-19) di sebuah hospital di sini selepas disahkan positif jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Kisah penuh inspirasi itu didedahkan oleh seorang jururawat dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah yang memuat naik gambar di Facebooknya yang kemudiannya tular di laman sosial.

Katanya, pengalaman bertugas dan merawat pelajar tahfiz itu adalah sesuatu yang mengagumkan.

"Walaupun ada masa gelak ketawa, ada masa bermain dan bergurau tapi banyak masa mereka dihabiskan dengan membaca al-Quran, berzikir dan solat.

"Mereka solat berjemaah walaupun jarak perlu satu meter antara satu sama lain." katanya

Dia juga bersyukur kerana urusan petugas barisan hadapan menjaga dan merawat pesakit Covid-19 dipermudahkan ALLAH SWT.

"Alhamdulillah urusan kami menjaga dan merawat sangat di sini. ALLAH permudahkan semua. Syukur kerana memilih kami untuk menjaga insan yang memuliakan-Mu." katanya.

Menurut Rabiatul Adawiyah, ada hikmah dalam setiap dugaan tersebut dan perlu motivasi diri dengan apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Ia menyedarkan kami yang alpa ini. Di sebalik Covid-19 ada hikmah kenapa golongan ini yang terpilih untuk ujian wabak ni," katanya.

Perkongsian meruntun jiwa itu menarik perhatian netizen hingga mencecah 5,700 tanda suka.

Azie Karim bersetuju dengan status yang dimuat naik itu dan dan menyifatkan tindakan pelajar tahfiz mengalunkan ayat suci al-Quran di wad itu adalah sesuatu yang menyenangkan.

"Sejuk mata memandang, bukan setakat mata je sejuk, hati pun mesti tenangkan tiap kali mereka mengalunkan kalimah ALLAH," tulisnya di ruangan komen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!