Pakej Selangor Prihatin 2.0 diumum 1 April: Amirudin

Ciapan Amirudin berhubung pengumuman pakej rangsangan itu di Twitternya.
Ciapan Amirudin berhubung pengumuman pakej rangsangan itu di Twitternya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengumumkan Pakej Selangor Prihatin 2.0 esok bagi membantu rakyat di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pakej rangsangan berkenaan bertujuan untuk mengurangkan impak pandemik koronavirus (Covid-19) terhadap rakyat.

"Kerajaan Selangor akan mengumumkan satu lagi pakej rangsangan buat rakyatnya pada 1 April ini," katanya menerusi ciapan di laman Twitter rasminya hari ini.

Pada 20 Mac lalu, Amirudin mengumumkan Pakej Selangor Prihatin membabitkan tujuh inisiatif dengan nilai peruntukan sebanyak RM127.78 juta.

Pemberian itu akan manfaat kepada petugas barisan hadapan Covid-19, mahasiswa, peniaga, penjaja, usahawan Skim Hijrah Selangor (Hijrah) dan rakyat.

Antara inisiatif yang diumumkan adalah sumbangan RM200 kepada 6,000 petugas di semua hospital di Selangor, 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dikecualikan sewa sebulan serta diberi bantuan RM500.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!