Myanmar lapor kematian pertama Covid-19
YANGON - Myanmar hari ini melaporkan kes kematian pertama akibat penyakit koronavirus (Covid-19) membabitkan pesakit kanser nasal, lapor agensi berita Anadolu.
Berusia 69 tahun, warga Myanmar itu sebelum ini pernah menerima rawatan di Australia selama sebulan dan kembali ke Yangon pada 14 Mac.
Kementerian Kesihatan dan Sukan berkata beliau meninggal dunia pagi ini di sebuah hospital di Yangon. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!