Rusia lanjut visa warga asing 90 hari
MOSCOW - Rusia akan melanjutkan visa warga asing selama 90 hari tanpa mengira tujuan lawatan asal mereka berikutan wabak koronavirus (Covid-19), kata Menteri Dalam Negeri lapor agensi berita Sputnik.
Sebelum ini, kementerian dilaporkan berkata, visa warga asing akan dilanjutkan ekoran wabak Covid-19 tanpa menyatakan berapa lama tempoh lanjutan itu.
Rusia mencatatkan sejumlah 1,836 kes Covid-19, sebanyak 1,226 daripadanya direkodkan di Moscow.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac lalu mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik.
Berdasarkan data terkini WHO, lebih 690,000 kes jangkitan di seluruh dunia dan meragut lebih 33,000 nyawa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!