742 individu ditahan ingkar PKP: Ismail Sabri

Ismail Sabri. FOTO BERNAMA
Ismail Sabri. FOTO BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 742 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-13 semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua individu itu ditahan ketika sekatan jalan raya dan rondaan yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

"Hari sebelumnya (kelmarin), seramai 828 individu yang ditahan dan kalau kita lihat semakin menurun (mereka yang ditahan).

"Saya harap trend ini akan berterusan dan memberi gambaran bahawa rakyat semakin sedar tentang perlunya mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahan turut menjelaskan, setakat hari ini, seramai 165 individu telah dituduh di mahkamah dan enam daripada mereka telah dijatuhkan hukuman denda serta penjara.

"Semua rakyat perlu melihat bahawa perintah ini merupakan perintah yang serius. Jadi saya harap patuhilah setiap arahan ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 1,547 sekatan jalan raya telah dilakukan setakat semalam.

"Daripada itu, sebanyak 383,488 kenderaan telah diperiksa dan 22,586 pemeriksaan mengejut dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!