22 individu mengaku salah ingkar PKP

Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk mendengar sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk mendengar sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 22 individu termasuk dua remaja bawah umur, dua warga asing dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh berusia 18 hingga 48 tahun itu mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Kuantan, Gambang dan Indera Mahkota pada 21 hingga 29 Mac lalu.

Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk mendengar sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa untuk mendengar sebutan kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na'Ilah Harizan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Semua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Hafidza Baharudin.

Nurul Farahah menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM300 terhadap dua tertuduh manakala tujuh yang lain, penjara dua hari dan denda RM300.

Sementara itu, seorang individu dipenjara selama 14 hari manakala sembilan lagi termasuk dua warga Bangladesh didenda antara RM200 hingga RM400.

Artikel Berkaitan:

Dalam prosiding sama, tiga remaja bawah umur yang turut mengaku bersalah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM500 sementara menunggu tarikh sebutan laporan akhlak yang ditetapkan pada 5 Mei depan.

Tertuduh tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi menaiki dua kenderaan polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!