Wanita bertukar 'shrek' guna krim tiruan

Jenni selepas menggunakan krim tersebut manakal gambar kanan sebelum menggunakan krim berkenaan. - Foto The Sun
Jenni selepas menggunakan krim tersebut manakal gambar kanan sebelum menggunakan krim berkenaan. - Foto The Sun
A
A
A

WYTHENSHAWE - Seorang wanita terkejut setelah kulit badannya bertukar warna hijau selepas menggunakan krim menggelapkan kulit dipercayai tiruan di bandar Wythenshawe, England.

Jenni Coleman, 35, mendakwa telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut, lapor The Sun.

Keesokan harinya, dia menangis apabila melihat dirinya pada cermin bilik mandi dan menyedari dirinya bertukar warna hijau.

Jenni berkata, dia tidak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin dari penggunaan krim tersebut.

"Saya tak pasti bagaimana berlaku, saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu.

"Saya tinggal bersama anak perempuan Leah, 17, dan Emily, 14, dan berkali-kali mandi, malah menggunakan krim 'exfoliant' dalam usaha menghilangkan warna tersebut," katanya.

Katanya, rakan-rakannya turut mengusiknya dengan memberitahu dia seakan ahli sihir.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!