Ingkar PKP: 183 individu didakwa di Pulau Pinang

Sebahagian tertuduh yang dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth pagi tadi.
Sebahagian tertuduh yang dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 183 individu termasuk beberapa remaja bawah umur dihadapkan di tiga Mahkamah Majistret berasingan di negeri ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, seramai 21 orang yang didakwa adalah warga asing dan kesemua mereka ditahan dalam Ops Covid-19 yang dilakukan di seluruh Pulau Pinang di antara 24 hingga 29 Mac lalu.

Pada prosiding yang dijalankan hari ini, seramai 33 individu dihadapkan di Mahkamah Majistret Georgetown, 73 orang didakwa di Butterworth manakala 77 tertuduh lagi didakwa di Bukit Mertajam.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 15 hingga 66 tahun dibawa ke mahkamah dengan menaiki kenderaan polis.

Dalam pada itu, seramai 151 orang daripada tertuduh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM1,000, penjara dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selepas didakwa bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Bagi pertuduhan itu, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Selain itu, beberapa daripada individu itu turut didakwa menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Georgetown dan Bukit Mertajam masing-masing menetapkan 12 Mei dan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!