Masih ada negara terselamat daripada Covid-19

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus (Covid-19) sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali, masih ada beberapa negara di dunia terselamat.
Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus (Covid-19) sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali, masih ada beberapa negara di dunia terselamat.
A
A
A

ANKARA - Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus (Covid-19) sebagai pandemik, dengan tiada tempat terkecuali, masih ada beberapa negara di dunia terselamat, lapor agensi berita Anadolu.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China Disember lalu, virus itu kini merebak dengan lebih 788,000 kes disahkan di seluruh dunia, hampir 38,000 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University.

Bagaimanapun, 16 negara, sebahagiannya negara Pasifik dan rantau Afrika serta Asia, tiada kes disahkan setakat ini.

Di Afrika, negara seperti Lesotho, Sudan Selatan, Yaman, Sierra Leone, Burundi, dan Malawi serta wilayah Sahara Barat buat masa ini belum melaporkan sebarang kes Covid-19.

Di Asia pula, negara seperti Turkmenistan, Tajikistan dan Korea Utara.

Terdapat juga beberapa negara Pulau Pasifik, yang popular sebagai destinasi pelancongan ketika waktu biasa, kelihatan belum terjejas dengan virus itu disebabkan kedudukannya yang jauh lagi terpencil.

Negara itu termasuk Tonga, Samoa, Vanuatu, Kepulauan Cook, Niue dan Tuvalu.

Virus Covid-19 kini merebak ke sekurang-kurangnya 178 negara dan wilayah di seluruh dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!