Kuasa wang dan indeks ekonomi Big Mac

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

UNGKAPAN “wang adalah raja” terasa amat bermakna dalam zaman Covid-19 ini. Ketika kebanyakan orang tidak boleh berniaga atau keluar bekerja, pemberian wang tunai RM1,600 secara dua kali bayar oleh kerajaan kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM4,000 adalah besar nilainya.

Tetapi sebaliknya bagi sesetengah orang yang sudah biasa menunjuk-nunjuk kemewahan atau yang berpura-pura kaya, maka mereka mula membandingkannya dengan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$1.8 trilion yang memperuntukkan AS$1,000 (RM4,350) kepada setiap rakyat. Singapura pula menyediakan bayaran S$1,000 (RM3,040) sebulan selama sembilan bulan kepada rakyatnya yang layak.

Pada Merak Jalanan, perbandingan itu biarlah adil. Ada banyak perkara yang boleh direnung. Salah satu cara paling mudah untuk memahami tahap ekonomi sesebuah negara adalah dengan melihat harga burger Big Mac yang dijual di restoran McDonald’s. Indeks Big Mac dipelopori oleh majalah The Economist sejak tahun 1986. Indeks Big Mac ini bukan pasal makanan.

Walaupun kurang tepat, ia membolehkan kita melihat hubungan antara pendapatan dan kuasa beli masyarakat di sesebuah negara. Dengan membandingkan harga Big Mac di setiap negara, kita dapat menilai negara mana yang mata wangnya tinggi atau rendah.

Big Mac dijual di rangkaian McDonald's di kebanyakan negara. Di Switzerland, ia dijual sekitar RM29 sebiji, AS (RM24.60), Australia (RM19.35), Singapura (RM19), Arab Saudi (RM15), Malaysia (RM11.31) dan yang paling murah di dunia, Afrika Selatan (RM9.35). Berdasarkan harga Big Mac itu, harga barang di Singapura pastilah lebih mahal berbanding jika penduduknya berbelanja di Johor.

Merak Jalanan yakin kerajaan akan umumkan lagi inisiatif lain bagi mengimbangi kesan wabak Covid-19 ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!