Pekerja industri minyak, gas dibenar pulang ke rumah jika sihat

Roslee (kanan) sedang memberi penerangan tentang Khemah Sanitasi (Disinfection) kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus (dua dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini petang semalam.
Roslee (kanan) sedang memberi penerangan tentang Khemah Sanitasi (Disinfection) kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus (dua dari kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini petang semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pekerja industri minyak dan gas yang sihat serta bebas daripada sebarang penyakit dibenarkan pulang ke rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, terdapat kira-kira 4,000 pekerja dalam industri berkenaan di 40 pelantar minyak di negeri ini menyebabkan pihaknya mengetatkan pergerakan keluar masuk pekerja bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

"Mereka yang bertugas khususnya di pelantar minyak perlu disaring di pelantar dan darat dengan pemantauan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

"Apabila KKM lulus semua, tidak ada masalah untuk mereka berjumpa dengan keluarga, kita bagi kebenaran balik dan syarikat akan mengeluarkan satu surat mengatakan mereka ini tidak ada apa-apa sakit.

"Sudahlah dua minggu di laut, sampai di darat kena kuarantin lagi dua minggu dan baru dibenarkan pulang ke rumah sebelum kembali bekerja, jadi apa yang kita lakukan demi menjaga kebajikan, sekurang-kurangnya ia dapat memberi sokongan moral kepada mereka yang kita sedia maklum berjauhan dengan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menghadiri demonstrasi nyahkuman petugas-petugas Op Covid-19 di Khemah Sanitasi (Disinfection) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini petang semalam.

Sebelum ini, notis dikenali sebagai borang kod utusan polis yang menyatakan pekerja-pekerja pelantar minyak yang selesai bertugas tidak dibenarkan pulang dalam tempoh PKP tular di laman sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!