Narenasagaran Ketua Polis Pulau Pinang baharu

Thaiveegan (kiri) menyerahkan tugasnya kepada Narenasagaran disaksikan Wan Ahmad Najmudin tadi.
Thaiveegan (kiri) menyerahkan tugasnya kepada Narenasagaran disaksikan Wan Ahmad Najmudin tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Kontinjen Polis Pulau Pinang menerima ketua polisnya yang baharu apabila Datuk Seri A Thaiveegan bersara bermula hari ini.

Datuk T Narenasagaran yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu.

Pelantikan itu berkuat kuasa hari ini dan majlis serah tugas berlangsung di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmudin Ahmad.

Narenasagaran ketika ditemui media berkata, beliau akan memfokuskan kepada jenayah khususnya yang menggusarkan masyarakat.

Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan masyarakat dalam membanteras jenayah di negeri ini.

"Fokus saya adalah lebih kepada aduan masyarakat dan tempoh bertindak (respons time) polis. Kita akan mempertingkatkan tempoh bertindak jika berlaku sesuatu jenayah.

"Selain itu, jika ada isu jenayah yang tular di media sosial, saya mahukan pihak polis cepat bertindak. Apa sahaja yang akan membuat masyarakat gusar, kita akan bertindak.

"Saya mahu masyarakat bersama-sama polis untuk membanteras jenayah di negeri ini. Ia selaras dengan slogan masyarakat dan polis berpisah tiada," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!