Sempat lagi minum air ketum berjemaah!
LANGKAWI - Seramai 12 individu ditahan ketika sedang leka minum air ketum di Jalan Penarak, Kuah di sini, semalam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka semua sedang asyik menikmati air ketum ketika serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Polis Langkawi sekitar jam 5 petang.
Sementara itu menurutnya, pihaknya turut menahan empat lelaki berusia dari 18 hingga 50 tahun dalam empat serbuan berasingan kerana mengingkari PKP.
"Kesemua mereka ditahan di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 Sek 270KK dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.
Tambah beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pengingkaran perintah PKP susulan Covid-19," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!