Maklumat jalani ujian Covid-19 tidak benar

Maklumat palsu yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Maklumat palsu yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Maklumat mengenai pengunjung yang singgah di tujuh lokasi melibatkan daerah Marang dan Kuala Terengganu perlu menjalani ujian saringan Covid-19 adalah tidak benar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata arahan yang tular melalui aplikasi WhatsApp palsu dan Jabatan Kesihatan Terengganu menafikan perkara itu.

Maklumat tular itu meminta individu yang mengunjungi tujuh tempat iaitu Kedai Runcit Sungai Kerak, Stesen Minyak Shell Rhu Rendang, Mydin Mall Kuala Terengganu, Sabasun Kuala Terengganu, Mydin Gong Badak, Pasaraya Xiri Wakaf Tapai dan Pasaraya Wahab Kadir di Marang perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

"Kita mohon masyarakat berhati-hati dan tidak menularkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan turut menasihati orang awam supaya mematuhi Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membantu mengekang penularan Covid-19 ini.

"Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan, mengamalkan etika batuk yang betul, mengamalkan ‘social distancing’ dan mengelakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai serta tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!