Waris ganti ditentukan selepas perbincangan keluarga: Sultan Abdullah

No Image Caption
A
A
A

PEKAN – Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah Waris Ganti untuk memegang jawatan Pemangku Raja Pahang akan ditentukan baginda selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga.

Sultan Abdullah bertitah walaupun semua pihak dapat meramalkan siapa yang bakal dilantik, namun baginda memerlukan masa untuk menetapkannya sebelum mengumumkannya dalam tempoh terdekat.

“Saya percaya semua lebih kurang dah boleh ramal kalau ikut tradisinya...cuma nak tetapkan, nak menyakinkan diri saya dulu barulah boleh nak diputuskan dan diumumkan dalam masa terdekat ini.

“Beliau kini (Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah) kini dalam latihan (ketenteraan) di UK (Akademi Tentera Diraja Sandhurst)... tidak ada masalah, beliau berkirim salam kepada semua,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!