Watsons sumbangkan produk, bekalan bantu perangi Covid-19

Watsons Malaysia menyumbangkan Watsons Antibacterial Wipes, Watsons Vitamin C, cecair pencuci tangan dan baju hujan kepada hospital serta pusat kesihatan baru-baru ini.
Watsons Malaysia menyumbangkan Watsons Antibacterial Wipes, Watsons Vitamin C, cecair pencuci tangan dan baju hujan kepada hospital serta pusat kesihatan baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Watsons Malaysia menyumbangkan produk dan bekalan bagi membantu hospital serta petugas barisan hadapan untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Pengarah Urusannya, Caryn Loh berkata, sumbangan itu merangkumi Watsons Antibacterial Wipes, Watsons Vitamin C, cecair pencuci tangan dan baju hujan.

Menurutnya, selaras dengan usaha seluruh negara untuk memerangi Covid-19, Watsons sentiasa berada di hadapan untuk menyumbang kembali kepada komuniti dengan memberikan sokongan seumpama itu apabila diperlukan.

"Usaha tanggungjawab sosial ini mencerminkan komitmen Watsons terhadap peningkatan kesejahteraan komuniti dan dilaksanakan dengan kerjasama #KitaJagaKita, sebuah NGO yang menghubungkan pihak ingin memberikan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, bekalan itu disalurkan ke Hospital Sungai Buloh dan hospital kerajaan serta pusat kesihatan lain.

Caryn berkata, Watsons sangat berterima kasih kepada setiap petugas kesihatan, kakitangan penguat kuasa dan wira #BarisanHarapan lain yang bekerja tanpa mengenal penat lelah ketika ini.

"Kami juga berterima kasih kepada pekerja kedai dan farmasi kami yang bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bagi memberikan khidmat kepada komuniti serta menyediakan keperluan penting mereka dalam tempoh ini.

"Marilah kita berjuang mengatasi kesukaran ini bersama-sama. Watsons sentiasa di sini untuk anda, rakyat Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!