2,359 sukarelawan ditempatkan di fasiliti kesihatan

Dr Noor Hisham ketika bercakap pada sidang media mengenai situasi semasa penyakit berjangkit Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham ketika bercakap pada sidang media mengenai situasi semasa penyakit berjangkit Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 2,359 sukarelawan telah menawarkan diri untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sukarelawan tersebut telah ditempatkan di fasiliti kesihatan terdekat dengan tempat tinggal mereka.

"Sukarelawan tersebut terdiri daripada 65 pakar perubatan pelbagai bidang, 159 pegawai perubatan, 909 jururawat dan 220 juruteknologi makmal perubatan," katanya.

Menurutnya, selain itu bakinya terdiri daripada 704 penolong pegawai perubatan, 106 juru X-ray, 56 fisioterapi, 70 pegawai sains (mikrobiologi), tujuh pegawai farmasi, 44 penolong pegawai farmasi.

"Terdapat juga 11 pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dua pegawai psikologi dan enam kaunselor," katanya.

Beliau berkata, KKM menawarkan kontrak selama enam bulan kepada pakar perubatan swasta yang ingin memberi bantuan kepada kementerian untuk menangani wabak berkenaan.

"KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19 dengan mengisi borang pendaftaran anggota sukarelawan pasukan bantuan kesihatan dan perubatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!