Polis minta bil elektrik, air elak orang ramai menipu

Anggota polis memeriksa dokumen perjalanan seorang pemandu sebelum membenarkannya lalu sewaktu operasi sekatan jalan raya berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa kedua hari ini.
Anggota polis memeriksa dokumen perjalanan seorang pemandu sebelum membenarkannya lalu sewaktu operasi sekatan jalan raya berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki fasa kedua hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan polis meminta bil elektrik atau air ketika pemeriksaan adalah untuk menyemak alamat kediaman bagi mengelak orang ramai menipu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tiada undang-undang khusus, namun ia terpulang kepada budi bicara pegawai dan anggota polis yang bertugas.

“Kebanyakan orang ramai tidak menukar alamat tempat tinggal. Kita tidak mahu mereka menipu ketika diperiksa, jadi jika ada bil elektrik tersebut, kita akan tahu mereka tinggal di mana.

"Contoh, jika tinggal di Gombak, kenapa perlu membeli barang di Kuala Lumpur? Sebab itu kita galakkan mereka membawa bil elektrik atau bil air bagi membantu polis ketika pemeriksaan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan seorang anggota polis meminta pengguna jalan raya menunjukkan bil air dan elektrik bagi membuktikan alamat kediamannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tindakan sebahagian pegawai dan anggotanya meminta orang ramai menunjukkan bil air dan elektrik hanya pada situasi mencurigakan semasa pemeriksaan dan sekatan jalan raya bagi Perintah Kawalan Pergerakan di daerah Petaling Jaya.

“Ia bukan satu perkara yang diwajibkan ke atas semua individu, sebaliknya kepada mereka yang gagal membuktikan mereka menetap dalam daerah Petaling Jaya.

"Sebagai contoh, ada individu yang sebelum ini diperiksa dalam sekatan jalan raya mendakwa dia tinggal di Damansara Perdana, namun kad pengenalan tertera alamat di Kajang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, helah individu berkenaan terbongkar selepas gagal menunjukkan bil air dan elektrik bagi kediaman di Kota Damansara sebelum akhirnya individu itu memberi alasan tujuannya cuma untuk membeli buah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!