Bayaran RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong mulai esok

Kementerian Kewangan Malaysia - Foto Sumber Internet
Kementerian Kewangan Malaysia - Foto Sumber Internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Bayaran secara 'one-off' sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dikreditkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai esok.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web kementerian, www.treasury.gov.my/ mulai esok.

"Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat agar tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Menurutnya, kerajaan prihatin dengan impak wabak koronavirus (Covid-19) terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.

"Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!