Hanya boleh bergerak dalam radius 10km untuk beli barang keperluan
SHAH ALAM - Orang ramai hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan dalam jarak lingkungan 10 kilometer sahaja dari rumah masing-masing.
Perkara itu terkandung dalam syarat-syarat pergerakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang digazetkan semalam.
Berdasarkan syarat tersebut, seseorang hanya dibenarkan untuk membeli makanan, keperluan harian dan ubat.
Selain itu, peraturan itu menetapkan, hanya seorang sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali dengan alasan yang munasabah.
Ia mula dikuatkuasakan mulai 1 April hingga 14 April ini.
Mereka yang didapati melanggar syarat itu akan dikenakan hukuman penjaran selama enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!