Petugas media dibenar guna laluan khas SJR: Bukit Aman
KUALA LUMPUR - Petugas media dibenarkan melalui laluan khas di sekatan jalan raya (SJR) ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.
Bagaimanapun katanya, pihak media perlu menunjukkan pas media dan surat bertugas dalam tempoh PKP berkenaan.
“Media sangat penting dalam tempoh krisis ini (PKP), jika ada masalah mereka boleh rujuk kepada Ketua Polis negeri dan daerah-daerah terlibat,” katanya kepada Bernama.
Ditanya jika ada sesetengah SJR tertera arahan hanya laluan khas dibuka kepada petugas barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan, tentera, polis dan lain-lain penguatkuasa, beliau berkata, pihak media perlu memberi penerangan kepada anggota yang bertugas dalam SJR. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!