'Saya berdoa mereka bertahan'
KUALA LUMPUR - "Saya berdoa mereka dapat bertahan."
Itu harapan personaliti tanah air, Ras Adiba Radzi selepas melihat sendiri golongan kurang bernasib baik berlegar-legar di ibu kota untuk mencari makanan.
Menerusi perkongsian video di Instagram berdurasi 3 minit 13 saat, Ras Adiba menceritakan pengalamannya ketika didatangi dua orang pejalan kaki yang dipercayai kelaparan.
Menurutnya, ketika itu dua pejalan kaki itu bertanya sama ada beliau mempunyai makanan dan memaklumkan mereka sudah tiga hingga empat hari tidak menjamah makanan.
Ras Adiba berkata, difahamkan sebelum ini mereka mendapat bantuan daripada sukarelawan. Sementara itu, Ras Adiba turut menitipkan pesanan buat orang ramai.
“Kamu tinggal di bandar dan berkata bosan tinggal di rumah tapi di luar realitinya mereka di jalanan sedang lapar.
“Kepada kawan-kawan di luar sana, kekal di rumah dan hargailah apa yang kita ada,” tulisnya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!