Bos jadi kentang ketika mesyuarat dalam talian

Paparan Twitter Rachele tular di laman sosial.
Paparan Twitter Rachele tular di laman sosial.
A
A
A

WASHINGTON - Sejak negara dilanda wabak koronavirus (Covid-19) dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai majikan dan kakitangan terpaksa bertugas di rumah.

Menerusi Mirror.uk, atas tuntutan kerja, orang ramai mengambil inisiatif untuk bekerja dari rumah dan mengadakan perbincangan dalam talian menggunakan kamera video.

Namun malang buat Pengarah Politik di People For The American Way, Lizet Ocampo, apabila melakukan kesilapan dengan tidak sengaja mengubah beliau menjadi kentang semasa mesyuarat dalam talian berlangsung.

Namun beliau juga tidak dapat memikirkan bagaimana untuk membetulkannya filter tersebut kembali kepada wajah asal.

Perkongsian itu dimuatnaik oleh pekerjanya, Rachele Clegg di Twitter miliknya hingga tular di laman sosial.

Dengan ciapan, "Bos saya telah bertukar kepada kentang semasa mesyuarat pasukan Microsoft kami dan tidak tahu bagaimana untuk menutup tetapan tersebut, jadi dia kekal seperti itu sepanjang mesyuarat."

Susulan itu, Rachele dan rakannya terpaksa menahan ketawa sepanjang mesyuarat itu berlangsung.

Bagaimanapun kata Rachele, sebaliknya majikan tidak marah namun menganggap ia lucu apabila ciapan itu tular.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, status itu mencecah, 213,000 ciapan dan 912,000 tanda suka daripada netizen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!