Baru tingkatan satu, main dadah

Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1,600 adalah untuk kegunaan sendiri.
Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1,600 adalah untuk kegunaan sendiri.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan bersama tiga rakan lelakinya di sebuah rumah di Flat Ampang Jajar, Mak Mandin di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan pada jam 6.30 petang itu berjaya menahan keempat-empat lelaki berusia lingkungan 13 hingga 25 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis heroin seberat 20 gram, 1.2 gram ganja dan 3.6 gram syabu.

"Kesemua mereka ditahan ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan Ops Covid-19. Tiga lelaki tersebut tidak bekerja manakala remaja tersebut masih bersekolah. Siasatan mendapati semua dadah tersebut untuk kegunaan sendiri.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,600. Ujian saringan air kencing terhadap tiga lelaki tersebut positif manakala pelajar tingkatan 1 tersebut negatif," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 8 April ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!