Menteri Kesihatan Israel dijangkiti Covid-19

Ya'acov Litzman - Foto The Jerusalem Post
Ya'acov Litzman - Foto The Jerusalem Post
A
A
A

MOSCOW - Menteri Kesihatan Israel, Ya'acov Litzman dan isterinya didiagnosis dengan koronavirus (Covid-19) dan akan dikuarantin, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan.

Selaras dengan cadangan pihak perubatan, menteri itu akan terus menjalankan tugasnya dari rumah.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes Covid-19 di Israel sebanyak 6,092, dengan 26 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.

Mengikut data terkini WHO, lebih 823,000 kes jangkitan didaftarkan di seluruh dunia dengan lebih 40,000 kematian.

Menurut data Johns Hopkins University pula, di seluruh dunia lebih 932,000 orang dijangkiti dengan lebih 46,000 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!