Jangan panik, ikan cukup!

LKIM kini hanya dibuka kepada pemborong sahaja dan ditutup kepada orang awam.
LKIM kini hanya dibuka kepada pemborong sahaja dan ditutup kepada orang awam.
A
A
A

PASIR PUTEH - Persatuan Nelayan Kawasan Semerak di sini memberi jaminan stok bekalan ikan mencukupi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir pada 14 April ini.

Pengerusinya, Zahari Samat berkata, kerja menangkap ikan masih lagi dilakukan nelayan laut dalam seperti biasa bagi memastikan bekalan bahan mentah itu sentiasa cukup.

"Nasihat saya, orang ramai tidak perlu panik kerana bekalan mencukupi kerana ketika ini kita tidak berada dalam musim tengkujuh," katanya.

Menurutnya, buat masa ini hanya nelayan pantai sahaja yang tidak dibenarkan untuk turun ke laut sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, pihak persatuan sentiasa memberikan peringatan kepada nelayan yang turun ke laut supaya menjaga kebersihan.

Zahari berkata, langkah itu merupakan salah satu usaha pencegahan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, buat masa ini kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali ditutup kepada orang awam dan dibuka kepada pemborong sahaja untuk mendapatkan bekalan bahan mentah itu.

"Saya berharap nelayan-nelayan pantai mematuhi PKP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, pihak persatuan juga sedang berusaha mendapatkan bantuan bagi meringankan beban golongan nelayan pantai sepanjang tempoh PKP," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!