Covid-19: Ribuan tentera dipindahkan dari kapal USS Roosevelt

Seramai 93 didapati positif Covid-19, 86 anggota menunjukkan gejala manakala tujuh lagi tidak. - Foto: AFP
Seramai 93 didapati positif Covid-19, 86 anggota menunjukkan gejala manakala tujuh lagi tidak. - Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Laut Amerika Syarikat memindahkan ribuan anggota dari kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt sebagai langkah membendung penularan koronavirus (Covid-19) di kapal itu, kata Pemangku Setiausaha Tentera Laut, Thomas Modly.

Agensi berita Xinhua melaporkan, hampir 1,000 anggota telah dipindahkan dari kapal yang kini berlabuh di Guam itu.

"Dalam beberapa hari lagi, kami menjangkakan seramai kira-kira 2,700 dipindahkan," katanya pada Rabu.

Menurut Modly, seramai 93 didapati positif Covid-19, 86 anggota menunjukkan gejala manakala tujuh lagi tidak.

Setakat ini, 593 orang didapati negatif.

Hampir 1,300 anggota sudah menjalani ujian saringan dan ada beberapa keputusan masih belum diperoleh.

"Kami kenal pasti dan kuarantin semua yang disyaki mempunyai kontak dengan pesakit.

"Semua yang disahkan positif dipindahkan dan diasingkan serta-merta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Berita mengenai penularan wabak Covid-19 di atas kapal itu mula tersebar pada 24 Mac. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!