Remaja ditembak polis ketika perintah berkurung

Rakyat di Kenya dilarang sama sekali untuk keluar dari kediaman masing-masing bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi. - Foto Daily Mail
Rakyat di Kenya dilarang sama sekali untuk keluar dari kediaman masing-masing bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi. - Foto Daily Mail
A
A
A

NAIROBI - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Kenya mati ditembak polis kerana bermain di balkoni rumahnya, 20 minit selepas kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam.

Daily Mail melaporkan, pekerja hak asasi manusia berkata, Yasin Moyo ditembak di bahagian perut di dalam rumah keluarganya di Kiamaiko, Nairobi, pada hari Isnin jam 7.20 malam.

Mangsa dipercayai terkena peluru sesat dan arahan siasatan ke atas kematian remaja tersebut telah dibuat oleh Pengarah Pendakwaan Kenya.

Kenya sehingga kini mencatatkan hanya 50 kes koronavirus (Covid-19) dan satu kematian akibat wabak tersebut.

Pada masa sama, rakyat juga dilarang sama sekali untuk keluar dari kediaman masing-masing bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi.

Turut tular di media sosial, pihak polis Kenya menggunakan rotan dan anjing untuk melaksanakan hukuman sekiranya didapati mana-mana individu tidak mematuhi perintah berkurung tersebut.

Minggu lalu, Hamisi Juma Idd, seorang penunggang motosikal yang membuat perkhidmatan seperti Gojek dilaporkan meninggal dunia kerana dipukul teruk oleh anggota polis di Nairobi.

Menurut saudara mangsa, dalam kejadian pada jam 7 petang itu, Hamisi baru selesai menghantar makanan kepada seorang wanita hamil di hospital berdekatan sebelum didatangi oleh pihak polis yang menyerangnya.

Artikel Berkaitan:

Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat cedera parah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!