Polis lebih keras laksana PKP fasa dua: Ismail Sabri

Ismail Sabri. FOTO BERNAMA
Ismail Sabri. FOTO BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bertindak lebih keras dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa kedua.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas itu bagi memastikan seluruh rakyat mematuhi arahan yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian pandemik wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

“Walaupun ada penurunan kes dari segi jumlah mereka yang ditahan tetapi polis masih seperti biasa, meneruskan tindakan mereka. Tindakan mereka kini di tahap keras.

“Mula-mula berlembut dan nasihat, selepas itu bertukar tegas dan kini 'mood' polis keras,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Melihat kepada perkembangan terbaru itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan yang ditetapkan itu.

“Jadi, saya harap janganlah perkara itu dilakukan (langgar PKP) kerana yang akan menanggung akibat ialah diri sendiri.

“Kepada rakyat yang patuhi arahan yang dikeluarkan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!