FAMA buka pusat gerakan bantu beli, pasarkan hasil tani

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah telah membuka bilik gerakan bagi membantu membeli serta memasarkan produk petani dan nelayan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama, Azman Nasrudin berkata, sebanyak empat Pasar Tani Kekal (PTK) dibuka dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12.30 tengah hari iaitu PTK Guar Chempedak, PTK Changlun, PTK Kuala Kedah dan PTK Kulim.

"Barangan runcit dan segar juga disediakan di 10 Agrobazar Rakyat (ABR) dan 27 Agrobazar Kedai Rakyat (AKR)," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat peniaga yang mengambil inisiatif menjual hasil mereka secara atas talian, selain menyediakan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan bahan segar sepanjang PKP ini dilaksanakan bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!