Tangkapan Daesh tunjukkan penurunan tahun 2018

Ayob Khan(kiri) beramah mesra bersama pengetua maahad tahfiz dalam Majlis Penyerahan Surat Cara Pendaftaran Jemaah Pengurusan dan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar Pulau Pinang.
Ayob Khan(kiri) beramah mesra bersama pengetua maahad tahfiz dalam Majlis Penyerahan Surat Cara Pendaftaran Jemaah Pengurusan dan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar Pulau Pinang.
A
A
A

KEPALA BATAS - Tangkapan Daesh menunjukkan penurunan apabila hanya lebih 80 individu ditahan pada 2018 lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis mahu masyarakat terus bekerjasama menyalurkan maklumat.

Menurutnya, maklumat dapat disalurkan masyarakat sekiranya menemui individu dalam keadaan mencurigakan dan mengikut ajaran bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ledakan teknologi dan maklumat tanpa sempadan menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dengan ideologi pengganas yang menggunakan agama untuk memanipulasi pemikiran dan tingkah laku seseorang.

“Amat sukar bagi polis bagi menangani isu berkaitan ideologi ini jika tidak mendapat bantuan dan kerjasama dari semua pihak apatah lagi sekarang masih ada aktiviti merekrut rakyat kita untuk menyertai Daesh di Syria dan Selatan Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Cara Pendaftaran Jemaah Pengurusan dan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar Pulau Pinang hari ini.

Katanya, sejak tahun 2013, polis menahan seramai 453 individu yang terbabit dengan militan Daesh.

“Daripada angka itu kebanyakan tangkapan bukan datang dari aliran agama yang mana penahanan membabitkan golongan agama sangat rendah.

Artikel Berkaitan:

“Ia sekaligus menangkis persepsi masyarakat bahawa sekolah agama kini menjadi tempat kepada kemunculan pengganas yang ia sama sekali tidak benar,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!