Takutnya, mata tertusuk besi!

Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu mengakui tugas mencabut besi pemegang tayar gantian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang tersusuk dimata sebelah kanan seorang kanak-kanak agak mencabar.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu mengakui tugas mencabut besi pemegang tayar gantian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang tersusuk dimata sebelah kanan seorang kanak-kanak agak mencabar.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu mengakui tugas mencabut besi pemegang tayar gantian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang tertusuk di mata kanan seorang kanak-kanak sangat mencabar kebolehan mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie bagaimanapun lega apabila pasukan yang diketuai oleh Mohd Zaidi Yahya berjaya melaksanakan tugas itu dengan sempurna.

Beliau berkata, usaha itu memerlukan tumpuan yang tinggi selain berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan mangsa lebih parah.

Kejadian yang berlaku di Jalan Bayam pada jam 8.30 malam itu membabitkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai cuba mengambil tayar ganti di bahagian belakang kenderaan milik bapanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian, bapa kanak-kanak tersebut memaklumkan dia dan dua lagi anaknya berada di halaman rumah untuk menukar tayar bahagian hadapan kereta.

"Kanak-kanak itu dan abangnya cuba membantu bapa mereka mengambil tayar ganti sebelum dikejutkan dengan kejadian ngeri itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun Zukeri berkata, bomba kagum dengan semangat kanak-kanak itu yang cuba menguatkan diri ketika berdepan detik cemas tersebut.

"Dia tidak merengek atau menangis ketika kerja-kerja memotong besi itu dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Terima kasih kepada semua anggota yang bertungkus lumus melaksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin mengikut tatacara operasi standart (SOP)" katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!