Berkorban jaga anak positif Covid-19
KOTA BHARU - Kisah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menghidap leukemia dan disahkan positif koronavirus (Covid-19) meruntun jiwa netizen.
Kisah pilu itu dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Fareez Kezam sebelum tular di laman sosial.
Menurutnya, kanak-kanak bernama Fateh Aqil Nazmee yang juga adalah pesakit termuda Covid-19 itu merupakan anak sahabatnya.
"Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga dua lagi anak kecil yang lain.
“Ujian ketiga datang, anak ditahan di wad selama sebulan. Siapa nak jaga dua lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis saya terbayangkan keperitan yang dihadapi,” tulisnya di Facebook.
Bapa kanak-kanak itu, Nazmee dikatakan tidak mempunyai sebarang pendapatan selama tiga bulan dan hanya mampu mengharapkan belas ihsan daripada keluarganya.
“Dan kini, ujian paling getir. Anaknya disahkan positif covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Saya tanya macam mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah kerana kanser," kongsi Fareez lagi.
Adik Fateh kini dikuarantin bersama ibunya sementara dua orang lagi anaknya dijaga oleh Nazmee di rumah.
Fareez pada masa yang sama juga menyeru sahabat-sahabat yang mengenali mereka untuk membantu menghulurkan bantuan kepada Nazmee.
I FEEL WHAT FEEL BROTHA. Salam Jumaat. Anak kepada sahabat sy, Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah pesakit termuda...
Posted by Fareez Kezam on Thursday, March 26, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!