'Ramai tertekan, rakyat Kelantan perlu diberi kata semangat'

Naib Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi
Naib Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan perlu menyediakan inisiatif bantuan kerohanian dengan memberi ucapan kata semangat kepada seluruh rakyat negeri ini dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.

Naib Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, langkah tersebut amat penting memandangkan rakyat marhaen mungkin berdepan tekanan psikologi apabila tidak dapat keluar rumah seperti biasa.

“Saya difahamkan sudah ada yang mula tertekan berada di rumah. Tambahan pula tiada sumber pendapatan masuk.

“Jadi kerajaan boleh hasilkan video pendek untuk beri ucapan semangat kepada mereka. Wakil-wakil rakyat dan sebagainya.

“Hasilkan video pendek ucapan supaya sekurang-kurangnya mereka rasa ada pihak yang sentiasa memahami,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pelbagai sumbangan telah disediakan kerajaan negeri kepada mereka yang memerlukan terutamanya golongan asnaf dan sebagainya.

Beliau berkata, dalam keadaan seperti ini, sikap kerjasama, toleransi dan bersyukur dengan apa yang ada adalah perkara yang pertama perlu ditanamkan semua pihak.

“Lakukan apa sahaja aktiviti di rumah bersama anak-anak dan isteri. Inilah waktu terbaik untuk bersama mereka mengemas rumah, bantu isteri memasak, tengok kerja-kerja sekolah anak dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang kerajaan lakukan ketika ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Saya tidak setuju dengan sesetengah pihak yang menganggap PKP ini sebagai satu tindakan yang tidak relevan.

“Mereka perlu tahu ini semua dilakukan bagi memastikan kita semua selamat dari penularan wabak Covid-19 ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!