Tevez tempelak pemain terlalu manja
PEMAIN Boca Juniors, Carlos Tevez meminta pemain bola sepak tidak terlalu 'manja' ketika dunia sedang mengharungi wabak koronavirus (Covid-19).
Serangan wabak tersebut menyaksikan saingan liga seluruh dunia terpaksa ditangguhkan dan ia sekali gus memberikan kesan kewangan kepada setiap pasukan.
Ia menyebabkan pasukan tidak mempunyai pilihan selain memotong gaji pemain untuk memastikan kewangan pasukan terus stabil.
Namun, masih ada kelab yang tidak memotong gaji berikutan pemain tidak bersetuju dengan langkah tersebut dan Tevez menilai para pemain tersebut tidak prihatin dengan keadaan semasa.
Menurutnya, pemain bola sepak biasanya mempunyai gaji yang tinggi selain persatuan telah memberikan tempat tinggal yang sangat selesa kepada pemain dan seharusnya soal gaji tidak menjadi perkara penting ketika ini.
"Seharusnya pemain dapat membantu sesama sendiri atau membantu masyarakat yang terkesan dengan wabak ini. Bukan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
"Ini akan jadi contoh yang sangat bagus untuk kita semua jika para pemain dan turun padang membantu sesama pemain atau masyarakat yang susah. Saya bersedia untuk perkara tersebut.
"Setiap pemain itu mampu hidup enam bulan atau setahun tanpa gaji.
"Kami tidak harus memikirkan caranya berjuang mencari makan setiap hari seperti mereka yang pergi bekerja pukul enam pagi dan pulang pukul tujuh malam hanya untuk makan keluarganya keesokan hari," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!