Bilik guru besar SJKC Keng Koon terbakar

Keadaan bilik guru besar yang musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Keadaan bilik guru besar yang musnah dalam kebakaran pagi tadi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Bilik guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keng Koon, Bukit Tambun di sini hangus dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 6.30 pagi itu telah mengakibatkan hampir keseluruhan struktur bangunan bilik berkenaan musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berikutan ketika kebakaran berkenaan berlaku tiada sesiapa yang berada di dalam kawasan sekolah.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya yang menerima laporan kejadian itu daripada orang awam terus bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja pemadaman kebakaran.

No Image Caption

Dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dan Perai mendapati kebakaran telah memusnahkan lebih 80 peratus peralatan dalam bilik berkenaan.

"Antara yang musnah seperti perabot dan barangan elektronik yang ditempatkan di dalam bilik guru besar berkenaan.

"Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.23 pagi dengan dibantu beberapa pasukan bomba sukarela.

Artikel Berkaitan:

Tiada mangsa yang terlibat dengan kejadian berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.