Warga Jepun antara 11 didakwa langgar PKP

Lelaki warga Jepun (depan) bersama 10 yang lain diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk sebutan kes langgar PKP.
Lelaki warga Jepun (depan) bersama 10 yang lain diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk sebutan kes langgar PKP.
A
A
A

KUANTAN - Seorang peminat seni fotografi warga Jepun antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki warga emas berusia 81 tahun itu ditahan polis selepas keluar merakam gambar burung di Taman Gelora di sini, petang 27 Mac lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengaku bersalah atas tuduhan itu sebelum didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Muhairi Mohamed Noh di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Hafidza Baharudin.

Sementara itu, dalam mahkamah yang sama, 10 lagi individu termasuk tiga warga asing dan seorang wanita berdepan tuduhan sama.

Lelaki warga Jepun (depan) bersama 10 yang lain diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk sebutan kes langgar PKP.
Lelaki warga Jepun (depan) bersama 10 yang lain diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk sebutan kes langgar PKP.

Tertuduh berusia 18 hingga 56 tahun turut mengaku bersalah dan dihukum denda antara RM800 hingga RM1,000 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Kesemua tertuduh ditahan sekitar daerah ini antara 26 hingga 31 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketika rayuan hukuman dikemukakan melalui Nur Hafidza, tertuduh memberi pelbagai alasan termasuk tidak mengetahui tindakan dilakukan telah melanggar PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu hingga 14 April ini.

Dua di antara mereka termasuk seorang wanita masing-masing berusia 41 dan 43 tahun ditahan dalam sebuah kereta di Pantai Teruntum jam 10.30 pagi, 31 Mac lalu.

Mereka memberi alasan singgah di pantai berkenaan selepas hadir ke Mahkamah Syariah di sini untuk berurusan, namun tidak tahu operasi mahkamah itu ditutup, manakala yang lain memberi pelbagai alasan termasuk dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, keluar bertemu rakan dan keluar ke kedai serbaneka pada waktu malam untuk membeli kad isian telefon.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!