[VIDEO] Memerang 'tawan' tasik Putrajaya
PUTRAJAYA - Larangan keluar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kawasan riadah di sini dipenuhi puluhan haiwan memerang.
Haiwan itu dilihat bersantai di tepi tasik yang kini lenggang selepas masyarakat setempat hanya berada di rumah sepanjang masa.
Perkongsian tersebut dimuat naik di akaun Twitter milik @rickycassim dengan kenyataan "Memerang ambil alih Ayer@8 Putrajaya," sebelum tular di laman sosial.
Pada hantaran sama, pelayar juga memberitahu video tersebut bukan miliknya dan tular menerusi aplikasi WhatsApp.
"Kawan tu pun dapat dari orang lain sejak pejabat kawan di situ. Mungkin sebab itu orang 'foward' video kat dia...
"Kawan cerita selama ni ada la seekor dua (memerang). Dia pun tak sangka ada banyak macam itu... haha." jelasnya.
Terdahulu @rickycassim memuat naik video berdurasi 25saat di Twitter menunjukkan puluhan memerang bersantai, berjemur di tepi tasik di bawah rimbunan pokok yang ditiup angin.
Suasana itu jarang sekali dilihat, namun dalam keadaan ketika wabak Covid-19, netizen beranggapan ketiadaan orang ramai di bandar menarik perhatian haiwan itu untuk datang memenuhi kawasan ini.
Begitu juga pendapat @alias, apabila menonton video tersebut.
"Video memerang memenuhi kawasan itu dan berehat di kawasan lapang menarik perhatian masyarakat tempatan.
"Tak sangka ada memerang di situ," katanya.
Memerang taking over Ayer@8 putrajaya hehehe. pic.twitter.com/KcjrOButh0
— Rick Kee Cassim (@RickyCassim) April 1, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!