Rayuan Lokman Adam ketepi prosiding komital didengar 13 Mei

Lokman Adam
Lokman Adam
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 13 Mei ini untuk mendengar rayuan bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam untuk mengetepikan kebenaran diperoleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.

Jabatan Peguam Negara menerima surat daripada mahkamah bertarikh 2 April yang memaklumkan bahawa tarikh pendengaran terhadapnya yang didakwa mengugut seorang saksi dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadualkan semula kepada 13 Mei.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 31 Mac untuk mendengar rayuan Lokman.

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding komital: Mahkamah tolak permohonan Lokman Adam

Mahkamah rayuan tetapkan 5 Mac dengar rayuan Lokman Adam

Pada 14 Januari tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Lokman untuk mengenepikan kebenaran yang diperoleh Thomas bagi memulakan prosiding komital terhadapnya kerana didakwa mengugut seorang saksi dalam kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 22 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana menghina mahkamah dengan melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali pada 25 September 2019.

Dalam permohonan itu, Tommy meminta mahkamah memenjarakan atau mendenda Lokman kerana melakukan perbuatan itu.

Artikel Berkaitan:

Mac lalu, Mahkamah Rayuan telah membenarkan Lokman menangguhkan sementara prosiding komitalnya di mahkamah ini sementara menunggu rayuan diputuskan oleh mahkamah berkenaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!