ADTEC Jerantut hasilkan pelindung muka untuk petugas kesihatan

Tenaga pengajar dan kakitangan ADTEC Jerantut berganding bahu menghasilkan lebih 10,000 pelindung muka dengan memanfaatkan teknologi dan kemudahan yang ada di pusat terbabit.
Tenaga pengajar dan kakitangan ADTEC Jerantut berganding bahu menghasilkan lebih 10,000 pelindung muka dengan memanfaatkan teknologi dan kemudahan yang ada di pusat terbabit.
A
A
A

JERANTUT - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh tenaga pengajar dan kakitangan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut di sini.

Pusat terbabit turut tidak ketinggalan mengambil inisiatif untuk menghasilkan lebih 10,000 peralatan pelindung muka setakat ini dalam membantu kerajaan menangani pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ia hasil usaha Bahagian Teknologi Polimer (Plastik) yang menggunakan teknologi Injection Moulding Mechine hasil improvisasi dan modifikasi mesin pembuat acuan yang ada bagi menghasilkan perisai muka terbabit.

Inisiatif itu dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memperoleh alat itu dengan segera dan mudah untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan sebagai salah satu alatan menangani wabak itu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pengarah ADTEC, Kamaruzaman Md Ali berkata, lebih 20 kakitangan dan tenaga pengajar yang tinggal di kuarters ADTEC mengambil peluang tempoh PKP itu berganding bahu menghasilkan pelindung muka terbabit.

Menurutnya, setakat ini, pusat itu telah membekalkan perisai muka untuk kegunaan Klinik Kesihatan Lipis sebanyak 100 unit, Hospital Lipis (120 ), Klinik Kesihatan Bera (100) dan kegunaan tambahan untuk 40 pembantu perubatan di Jerantut.

“Selain itu sebanyak 40 lagi buat Klinik Kesihatan Mela, 300 unit untuk bekas petugas di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan yang diserahkan kepada Poliklinik Ar-Razi dan sekitar Kuantan serta ILP Kuala Terengganu (300) diagihkan di kawasan sekitarnya.

“Kami mengharapkan semua pengambilan perisai muka itu diambil sendiri (self-pickup) oleh petugas kesihatan bagi membendung dan mengelak pergerakan berlebihan yang boleh mendatangkan risiko

Artikel Berkaitan:

"Kami akan terus menghasilkannya selagi terdapat bahan mentah,” katanya.

Katanya, setakat ini turut menerima tempahan dari Kemaman 1,000 unit, ADTEC Shah Alam (1,000), Labuan (300), Mersing (200), Sandakan (200), Kota Kinabalu (300), Miri (150), Kota Samarahan (200), Kuantan (200) dan ADTEC Kulim ( 300)

Jelasnya, turut membuat tempahan daripada ILP Pedas (300), ILP Kuala Terengganu (200), ADTEC Taiping (2000), ILP Kota Bharu (200), Melaka (2,000), Klinik Kesihatan Kota Bharu (100) dan banyak tempahan masih diterima,” katanya

Kata Kamaruzaman, dalam kesibukan pasukan petugas ADTEC Jerantut menyiapkan tempahan pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan, pasukan itu juga telah berjaya menyiapkan 'intubation box' untuk Hospital Jerantut.

“Tempahan intubation protection box turut ditempah oleh Hospital Temerloh (Hoshas) sebanyak 2 unit iaitu alat ini digunakan di unit penjagaan rapi (ICU) di hospital.

“Multi-Line Acrylic Bending ini merupakan projek inovasi ADTEC Jerantut yang pernah memenangi pingat gangsa di pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition 2018 (ITEX 18) yang diwakili oleh pegawai di sini,” katanya.

Katanya, projek itu dijalankan oleh Shukri Che Hasan, Faizulnizam Jaafar, Azuan Failani Ariffin, Hasbalah Abdullah Hashim, Wan Supadli Wan Husin, Syukri Jamaluddin dan semua tenaga pengajar di situ.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!