Elaun penuh atlet, jurulatih Sukma diteruskan
KUALA LUMPUR - Pembayaran elaun latihan kepada atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) diteruskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak RM600,000 diperuntukkan pada Mac dan April antara usaha menjaga kebajikan atlet dan jurulatih di Wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
"Bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran 700 atlet dan 103 jurulatih di bawah MSWP.
"Diharapkan pembayaran elaun ini dapat mengekalkan motivasi jurulatih dan atlet untuk cemerlang di Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 di Johor kelak," katanya ketika Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.
Annuar berkata, latihan secara intensif tidak dapat dilaksanakan sejak PKP dilaksanakan tetapi program latihan berterusan disediakan oleh jurulatih menggunakan modul suaian fizikal di rumah melalui pemantauan kaedah pelaporan secara video
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!