Covid-19: Tiga berita palsu hari ini
PUTRAJAYA - Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan tiga berita yang sedang tular di media sosial adalah maklumat palsu.
Dalam satu kenyataan kementerian itu hari ini menjelaskan, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menafikan kesahihan sebarang pautan bagi permohonan bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ selain permohonan atas talian di laman sesawang https://musaadahkhaira.zakat.com.my
"Selain itu, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan menafikan kenyataan mengenai arahan Ketua Polis yang membenarkan orang awam pergi ke tempat kerja ditemani ahli keluarga dengan membawa surat majikan dan menegaskan kenyataan tersebut tidak selari dengan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 2," katanya.
Menurut kenyataan itu juga, Hospital Melaka menafikan kebenaran permohonan sumbangan peralatan, makanan dan kewangan untuk membantu frontliners dengan memajukan sumbangan tersebut kepada hospital penama yang tersenarai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!