BHPetrol umum CEO baharu

Gambar kecil: Leslie Ng Chie Shean
Gambar kecil: Leslie Ng Chie Shean
A
A
A

KUALA LUMPUR - Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) mengumumkan pelantikan Leslie Ng Chie Shean sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 April 2020.

BHPetrol dalam satu kenyataan hari ini berkata Leslie menggantikan Tan Kim Thiam, yang bersara pada 31 Disember tahun lalu.

Beliau mempunyai kerjaya yang luas dalam industri minyak dan gas khususnya dalam sektor petroleum runcit.

Ini termasuk selama 26 tahun dengan Shell yang memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam pasaran tempatan dan di rantau Asia Pasifik, menerajui dua perniagaan hiliran terbesar Shell iaitu runcit dan minyak pelincir.

Beliau berpengalaman dalam bidang utama seperti kemasukan pasaran baharu, pembangunan perniagaan, pengembangan rangkaian, pemasaran, strategi, jualan perniagaan kepada perniagaan/perniagaan kepada pelanggan, jualan runcit dan operasi, pengedaran dan perniagaan Teknologi Maklumat (IT)/automasi.

Sebelum ini, beliau ialah CEO Blue Ocean Group di Kemboja untuk bahagian minyak dan gas, hartanah dan peruncitan.

Sementara itu, Ir Azizul Azily, yang juga pemangku CEO sebelum pelantikan Leslie akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Kerajaan dan Perhubungan Awam syarikat itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!