Covid-19: Universiti di Jepun adakan majlis graduasi guna robot
TOKYO - Sebuah universiti di Jepun menggunakan pendekatan kreatif apabila memilih robot sebagai pengantaraan bagi menggantikan graduan pada majlis konvokesyen bagi mengekang wabak koronavirus (Covid-19) terus menular.
Menerusi laporan mothership, Business Breakthrough University (BBT University) menganjurkan majlis konvokesyen pada 28 Mac di sebuah hotel di Chiyoda, Tokyo.
Akibat Covid-19, graduan tidak dibenarkan hadir ke majlis tersebut.
Robot itu mempunyai skrin paparan yang menunjukkan wajah empat graduan dan tangan yang bersedia menerima sijil bagi pihak graduan.
Robot juga memakai jubah dan topi graduasi.
Para siswazah yang lain turut mengambil bahagian dalam upacara tersebut melalui aplikasi Zoom di mana mereka dapat menghantar komen dalam masa sama menyatakan perasaan mereka pada majlis tersebut.
Dalam perkongsian video yang tular di laman sosial, dapat dilihat apabila para graduan hanya perlu menjawab panggilan video dan melihat sendiri robot tersebut mengambil sijil mereka daripada dekan.
Perkara tersebut bukan sahaja dilihat begitu kreatif dan inovasi malahan membantu mahasiswa bergraduasi pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!